AGENDA

Banci 2020: Trend pekerjaan berubah, MBM seru masyarakat bantu kerajaan

9 Jul 2020, 12:25 AM
Banci 2020: Trend pekerjaan berubah, MBM seru masyarakat bantu kerajaan

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak belia dan seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), dalam membantu kerajaan merancang arah perkembangan pembangunan yang ingin dilaksanakan.

Presidennya Jufitri Joha berkata trend belia dari segi pekerjaan sudah berubah berbanding sedekad lalu lebih-lebih rentetan kesan pandemik Covid-19 yang menyaksikan ramai belia di Malaysia, dibuang kerja.

"Penglibatan mereka dalam ekonomi gig dan freelance (bebas) bakal membentuk sebuah perubahan dalam corak sosioekonomi negara. Data banci yang dilakukan 10 tahun sekali itu dapat menjadi garis panduan kepada perancangan pembangunan sosioekonomi serta dasar dan polisi kerajaan.

“Hal ini bakal memperlihatkan beberapa dasar kerajaan bakal digubal dalam melindungi golongan yang terjejas dari segi ekonomi,“ katanya dalam kenyataan.

Banci 2020, yang bermula kelmarin, adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik.

Pelaksanaan yang melibatkan 32.7 juta penduduk Malaysia itu akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula semalam hingga 30 September secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan kaedah temu ramah bersemuka.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619