EXCO

Kerajaan Negeri agih 900 ekor lembu sempena Aidiladha

8 Jul 2020, 9:26 AM
Kerajaan Negeri agih 900 ekor lembu sempena Aidiladha

KLANG, 8 JULAI: Sebanyak 900 ekor lembu akan diagihkan kepada 425 masjid dan Ahli Dewan Negeri (ADN) sempena sambutan Aidiladha.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata setiap masjid menerima seekor lembu manakala empat ekor diserahkan kepada wakil rakyat.

"Tahun ini kita agihkan melalui ADN dan masjid. Tatacara operasi piawai (SOP) korban sedang diteliti selaras titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,” katanya ketika ditemui di Pusat Pertanian Meru di sini.

Beliau berkata ibadah tersebut turut dilakukan di pusat penyembelihan Kerajaan Negeri di Banting dan Shah Alam serta 11 milik swasta.

Sementara itu, Ir Izham memaklumkan pihaknya merancang mempromosikan jualan daging susulan lambakan lembu tidak terjual sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619