AGENDA

Amerika Syarikat sah tarik diri daripada WHO

8 Jul 2020, 4:56 AM
Amerika Syarikat sah tarik diri daripada WHO

NEW YORK, 8 JULAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin.

"Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan kepada setiausaha agung, negara itu menarik diri daripada WHO berkuat kuasa pada 6 Julai 2021," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric.

"AS adalah anggota WHO sejak 21 Jun 1948. Penyertaan AS itu diterima Majlis Kesihatan Sedunia dengan syarat-syarat tertentu ditetapkan AS, yang akhirnya menarik diri. Syarat itu termasuk memberi notis setahun dan memenuhi sepenuhnya bayaran kewangan yang wajib," kata jurucakap itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619