AGENDA

Rahsia sasaran pingat, elak tekanan pada atlet menembak

8 Jul 2020, 3:37 AM
Rahsia sasaran pingat, elak tekanan pada atlet menembak

SHAH ALAM, 8 JULAI: Pasukan menembak Selangor enggan mendedahkan sasaran pingat supaya atlet tidak tertekan ketika melakukan persiapan kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2020, kata jurulatihnya.

Teh Shu Seng berkata hampir 30 atlet menjalani latihan bagi memantapkan corak persembahan sejak 11 Jun lalu di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang.

"Mereka sudah kembali menjalani latihan seperti biasa untuk meningkatkan kemahiran selepas melakukannya di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kita juga belum memutuskan senarai akhir atlet dan acara tetapi yang pasti kita akan sertai acara rifle lelaki," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata dua atlet menembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz dan Dina Batrisyia Adi Azhar turut berlatih bersama atlet yang lain dan berpotensi untuk disenaraikan jika mempamerkan persembahan terbaik sepanjang sesi pemilihan.

Shu Sheng menjelaskan hampir 30 pingat bakal dipertandingkan pada Sukma yang akan berlangsung di Johor dan Selangor akan berusaha menebus kehampaan kejohanan lalu apabila sekadar mengutip lima pingat keseluruhan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619