ADN

Kerja baik pulih sekolah rosak akibat ribut dilaksana segera

7 Jul 2020, 9:38 AM
Kerja baik pulih sekolah rosak akibat ribut dilaksana segera
Kerja baik pulih sekolah rosak akibat ribut dilaksana segera

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerja baik pulih jangka pendek di Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar yang rosak akibat ribut Ahad lalu dilaksanakan segera, kata Ahli Dewan Negeri Dengkil.

Adhif Syan Abdullah berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),  Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya serta beberapa pihak terlibat menyelesaikan masalah tersebut.

"Memandangkan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi kita bercadang untuk pulihkan beberapa kerosakan kecil dulu seperti kerja pembersihan di kawasan terjejas.

"Bagi kerja baik pulih jangka panjang iaitu menaik taraf bumbung sekolah yang diterbangkan angin akan diganti tetapi perlukan sedikit masa," katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, Adhif berkata Pejabat Tanah dan Daerah juga sedang melakukan bancian bagi mengenal pasti kerosakan kira-kira 30 rumah di Kampung Sungai Merab Luar yang turut terjejas.

"Perkara itu sudah dimaklumkan kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan beliau akan melawat kawasan tersebut dalam masa terdekat ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619