ADN

Banjir kilat di Dengkil jejas 10 rumah

7 Jul 2020, 11:20 AM
Banjir kilat di Dengkil jejas 10 rumah
Banjir kilat di Dengkil jejas 10 rumah

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kira-kira 10 rumah terjejas teruk akibat banjir kilat di kawasan Desa Timah Langat dan Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil semalam, kata ahli dewan negerinya.

Adhif Syan Abdullah berkata punca utama kejadian itu disebabkan struktur longkang dan saliran dalam keadaan kurang memuaskan dan perlu diselenggara.

[caption id="attachment_422180" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah meninjau kawasan rumah dilanda banjir kilat dan menghulurkan bantuan ehsan kepada mangsa[/caption]

"Ini bukan kejadian kali pertama. Saya akan bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkaitan untuk mengkaji segera sama ada kerja baik pulih itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada SelangorKini.

Hasil tinjauan semalam, Adhif berkata kerja pembaikan struktur jalan raya yang berlubang di kawasan sama turut dilaksanakan.

"Saya harap penduduk bersabar, kita akan usahakan langkah baik pulih ini segera supaya kejadian tidak lagi berulang.

"Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau aduan boleh berhubung terus ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil di talian 03-8768 7892," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619