BERITA UTAMA

Timbalan Speaker DNS baharu diumum 13 Julai - MB

4 Jul 2020, 5:16 AM
Timbalan Speaker DNS baharu diumum 13 Julai - MB

PETALING JAYA, 4 JULAI: Timbalan Speaker baharu bagi Dewan Negeri Selangor (DNS) diumum pada 13 Julai ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pengumuman itu dibuat ketika sesi pembukaan Sidang DNS serta menegaskan lantikan tidak dibuat mengikut gender mahupun kaum.

"Pemilihan ini dibuat selepas kita mengadakan perbincangan teliti dengan pimpinan tertinggi Kerajaan Selangor, perempuan atau lelaki yang dilantik, itu bukan isunya.

"Begitu juga kita tidak membuat lantikan mengikut kaum tertentu," katanya selepas Program Team Selangor (TS) Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Shatiri Mansor dan Pegawai Penyelaras TS, Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619