AGENDA

Syarikat penerbangan digesa kembalikan harga asal tiket

3 Jul 2020, 7:28 AM
Syarikat penerbangan digesa kembalikan harga asal tiket

SHAH ALAM, 3 JULAI: Syarikat penerbangan digesa mengembalikan harga tiket kepada asal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi perjalanan domestik termasuk Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dengan kapasiti penuh tanpa penjarakan sosial berbanding jumlah maksimum 66 peratus sebelum ini.

"Kita minta Suruhanjaya Penerbangan berbincang dengan syarikat penerbangan supaya mengembalikan harga tiket kepada harga asal," kata menteri kanan (kluster keselamatan) ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan diminta mengadakan sesi libat urus bersama syarikat penerbangan bagi mencari jalan penyelesaian.

Ismail Sabri menambah syarikat penerbangan juga diminta memberikan harga istimewa kepada guru dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619