AGENSI

Guna logo halal tidak sah, lebih 1,000 kotak muruku disita

2 Jul 2020, 8:43 AM
Guna logo halal tidak sah, lebih 1,000 kotak muruku disita

SHAH ALAM, 2 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam menyita 1,098 kotak muruku menggunakan logo halal tidak diiktiraf di sebuah premis di Kajang.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata rampasan bernilai RM14,819 dijual meluas di pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit sekitar Hulu Langat serta e-dagang Shopee.

"Syarikat ini menggunakan label nama wanita Islam sebagai strategi pemasaran untuk mengelirukan masyarakat bahawa ia keluaran muslim dan boleh dimakan tanpa was-was.

"Semakan melalui sistem MYe-Halal Malaysia juga mendapati premis terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Tindakan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda maksimum RM200,000.

Sementara itu, Mohd Shahzihan berkata premis yang memiliki majoriti pekerja asing itu juga berada dalam keadaan kotor terutama di kawasan pemprosesan makanan.

Justeru, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b selain diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Semakan logo dan produk halal boleh dibuat melalui portal www.halal.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Halal Jais di talian 03-55143760/3486.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619