AGENDA

Kuliah, kelas mengaji di masjid, surau dibenarkan bermula minggu ini

1 Jul 2020, 7:18 AM
Kuliah, kelas mengaji di masjid, surau dibenarkan bermula minggu ini

SHAH ALAM, 1 JULAI: Semua aktiviti agama di masjid dan surau dibenarkan bermula minggu ini tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) dan kapasiti rumah ibadah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran meliputi kuliah, solat duha, kelas mengaji dan fardu ain.

"Masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat mulai 3 Julai ini mengikut SOP biasa yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan semua masjid dan surau di seluruh negeri dibuka semula mulai 3 Julai bagi melaksanakan solat Jumaat.

Baginda bertitah semua rumah ibadah selain yang diumumkan sebelum ini juga dibuka bagi mendirikan solat fardu berjemaah dengan mematuhi SOP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619