AGENDA

Majlis akad nikah dibenarkan tidak lebih 250 tetamu

29 Jun 2020, 8:06 AM
Majlis akad nikah dibenarkan tidak lebih 250 tetamu

SHAH ALAM, 29 JUN: Kebenaran majlis dengan jumlah tetamu tidak lebih 250 orang pada satu-satu masa turut terpakai untuk akad nikah, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kekeliruan berhubung perkara itu dan ada menganggap majlis pernikahan masih kekal dengan tatacara operasi piawai (SOP) lama iaitu jumlah had tetamu 20 orang.

"Pengumuman kebenaran untuk majlis perkahwinan dan bertunang sebenarnya turut terpakai untuk akad nikah dan turut terpakai di majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Khamis lalu, Ismail Sabri mengumumkan kebenaran untuk semua majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi bermula Rabu ini dengan had masa antara tiga hingga lima jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619