AGENDA

Kebenaran pusat tuisyen swasta, surau sekolah diputuskan Jumaat

24 Jun 2020, 10:27 AM
Kebenaran pusat tuisyen swasta, surau sekolah diputuskan Jumaat

SHAH ALAM, 24 JUN: Pembukaan semula pusat tuisyen swasta dan surau sekolah diputuskan Jumaat ini selepas garis panduannya dibentangkan Kementerian Pendidikan.

"Menteri Pendidikan (Dr Mohd Radzi Md Jidin) bentangkan (garis panduan) bukan setakat tuisyen tetapi surau di sekolah kerana apabila (sekolah) dibuka, surau perlu digunakan," kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sesi persekolahan membabitkan pelajar yang menduduki peperiksaan awam dimulakan semula hari ini selepas hampir tiga bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebanyak 2,444 sekolah menengah dan ratusan sekolah antarabangsa dibuka di seluruh negara membabitkan 500,444 pelajar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619