AGENDA

Majlis sosial, kenduri kahwin dibenar mulai 1 Julai, terhad 250

24 Jun 2020, 7:30 AM
Majlis sosial, kenduri kahwin dibenar mulai 1 Julai, terhad 250

SHAH ALAM, 24 JUN: Penganjuran majlis sosial termasuk kenduri perkahwinan dan pertunangan dibenarkan dengan kapasiti tidak melebihi 250 individu bermula 1 Julai ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran sama diberikan untuk tahlil, akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan reunion (pertemuan semula).

"Bagaimanapun, kita mengehadkan masa supaya tidak terlalu lama iaitu selama tiga hingga lima jam sahaja.

"Kapasiti kehadiran kekal tidak melebihi 250 tetamu pada satu-satu masa selain tertakluk kepada saiz ruang lokasi diadakan, jika tempat itu kecil dan mampu tampung 150 orang serta penjarakan sosial sukar dibuat mungkin mengikut jumlah yang mampu dimuatkan sahaja," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata penyajian makanan dibenarkan hanya bufet sahaja dan pengunjung tidak boleh mengambil sendiri makanan tersebut.

"Makanan perlu dihidangkan oleh pramu saji sahaja dan dicadangkan supaya menghidangkan makanan di atas meja," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619