EXCO

Penantian pembeli rumah Axis Crown bakal berakhir - EXCO

21 Jun 2020, 10:20 AM
Penantian pembeli rumah Axis Crown bakal berakhir - EXCO

SHAH ALAM, 21 JUN: Pembeli pangsapuri Axis Crown, Ampang boleh menarik nafas lega kerana penantian lebih sedekad lalu untuk mendiaminya bakal berakhir, kata EXCO perumahan.

Haniza Talha berkata projek perumahan terbengkalai itu baharu siap dibina dan sedang menunggu sijil siap dan pematuhan (CCC) dikeluarkan sebelum kunci rumah diserahkan kepada mereka dijangka tahun ini.

"Ia tergendala sejak 2007 sebelum pengurusan diambil alih peliquidasi dan berada di bawah pemantauan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 2016 seterusnya diselesaikan pemaju penyelamat Ferrier Hodgson (M) Sdn Bhd.

"Sebanyak 368 unit rumah sudah dimiliki dengan kebanyakannya menunggu sejak 13 tahun lalu. Kini projek hanya tinggal lima peratus bagi mendapatkan CCC," katanya kepada SelangorKini.

Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya turut meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk menyenaraikan projek perumahan terbengkalai yang perlu diberi perhatian.

Bagaimanapun, katanya usaha menangani isu projek berkaitan akan mengambil sedikit masa berikutan membabitkan aspek undang-undang dan banyak pihak.

"Membantu rakyat mendapatkan hak atas masalah projek ini merupakan salah satu fokus saya kerana memahami susah payah dan sedihnya apabila rumah dibeli tidak dapat didiami.

"Saya sentiasa mendapatkan perkembangan projek terbengkalai daripada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor termasuk mencari ruang untuk memudahkan proses penyiapannya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619