BERITA UTAMA

Hargai jasa bapa, titipkan doa jika sudah tiada

21 Jun 2020, 4:53 AM
Hargai jasa bapa, titipkan doa jika sudah tiada

SHAH ALAM, 21 JUN: Setiap anak diingatkan supaya tidak sesekali memperkecilkan peranan dan jasa yang dicurahkan bapa mereka selama ini, kata EXCO pemberdayaan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata anak-anak wajar memberi penghargaan kepada bapa mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan jika sudah tiada.

"Tanggungjawab yang besar dan pengorbanan ayah jangan pernah kita kecilkan. Dan ingatlah sentiasa, kedudukan ibu bapa sangat tinggi di sisi agama.

"Saya menyeru kepada semua anak-anak untuk menghargai bapa anda. Berikanlah penghormatan, penghargaan atas jasa mereka. Jika sudah tiada, titipkanlah doa untuk kesejahteraan mereka," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Beliau juga berharap sambutan khas bagi meraikan insan bergelar bapa tahun ini memberi peluang untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga.

"Dalam kesibukan mencari rezeki dan rencam ekonomi yang semakin menghimpit, seorang ayah diharapkan dapat memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak. Masa yang sedikit mungkin bermakna buat mereka.

"Kebahagiaan di dalam keluarga merupakan asas yang paling penting dalam membina keharmonian rumah tangga. Keluarga yang baik dapat melahirkan anak yang mempunyai jiwa yang besar, jati diri yang tinggi demi membangun masyarakat yang bertamadun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619