AGENSI

Petugas hadapan Air Selangor disaring Covid-19, tingkat keselamatan

19 Jun 2020, 11:46 PM
Petugas hadapan Air Selangor disaring Covid-19, tingkat keselamatan

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Sebagai sebahagian usaha untuk mengekalkan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelanggan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas petugas barisan hadapannya bermula semalam.

Kenyataan Air Selangor menyebut ujian itu, yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dilaksanakan apabila perlu dan kira-kira 900 kakitangan dikenal pasti di seluruh Pejabat Serantaunya untuk saringan.

“Petugas barisan hadapan Air Selangor yang perlu menjalani ujian Covid-19 adalah termasuk mereka terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, membaca meter, keselamatan dan jawatan terpilih lain yang memerlukan mereka menjalankan tugasan berdekatan pelanggan serta orang awam.

“Inisiatif ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun oleh kerajaan yang mungkin meningkatkan penglibatan antara orang awam dengan pekerja Air Selangor,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor turut menubuhkan pasukan petugas khas di bawah Seksyen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) pada 12 Mac bagi membantu kakitangannya menyediakan maklumat terkini, menjawab pertanyaan mengenai Covid-19 serta menjalankan prosedur nyah cemar di semua premisnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif berkaitan Covid-19 atau sebarang perkara berkaitan Air Selangor, sila hubungi 15300, WhatsApp ke 019-2800 919 or 019-2816 793, Media Sosial (Facebook, Twitter, and Instagram) dan e-mel Air Selangor (wecare@airselangor.com).

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619