AGENDA

Tarikh Sukma 2021 bertindih peperiksaan 11 atlet Selangor

19 Jun 2020, 12:28 AM
Tarikh Sukma 2021 bertindih peperiksaan 11 atlet Selangor

SHAH ALAM, 19 JUN: Tarikh Sukma tahun depan dijangka bertindih dengan peperiksaan atlet Selangor yang menuntut di luar negara, menurut Majlis Sukan Negeri (MSN).

Pemangku Pengarah Eksekutifnya Mohamad Nizam Marjugi berkata seramai 11 atlet menuntut di luar negara iaitu lapan atlet renang dan tiga atlet golf.

"Sukma Johor dijadualkan pada Mac 2021 dan kebetulan pula ada atlet kita yang akan menduduki peperiksaan pada bulan sama.

"Masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana tarikh Sukma bergantung kepada situasi semasa Covid-19 dan kita akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa," katanya kepada SelangorKini.

Sukma Johor 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 19 Julai ini ditunda pada 6 hingga 14 Mac 2021 manakala Para Sukma dijadualkan pada 5 hingga 10 April tahun depan.

Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan tarikh berkenaan akan dibincangkan sekali lagi pada Oktober jika ada perubahan.

Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619