AGENDA

MSN: Kontrak jurulatih Sukma Selangor disambung hingga Disember

18 Jun 2020, 7:53 AM
MSN: Kontrak jurulatih Sukma Selangor disambung hingga Disember

SHAH ALAM, 18 JUN: Kontrak 92 jurulatih Sukan Malaysia (Sukma) Selangor yang tamat bulan depan akan disambung sehingga Disember ini, kata pemangku pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN).

Mohamad Nizam Marjugi berkata pihaknya turut memohon peruntukan tambahan bagi memastikan khidmat mereka dikekalkan sehingga kejohanan Sukma Johor tahun depan.

"MSN Selangor akan mohon peruntukan baharu bagi mengekalkan semua jurulatih demi memastikan prestasi serta persiapan atlet tidak terjejas," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Mohamad Nizam berkata elaun bulanan jurulatih dan atlet dibayar seperti biasa walaupun Sukma Johor 2020 ditunda.

Sukma Johor 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 19 Julai ini ditunda pada 6 hingga 14 Mac 2021 manakala Para Sukma dijadualkan pada 5 hingga 10 April tahun depan.

Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619