BERITA UTAMA

Peluang kerja untuk golongan muda dalam ekonomi gig

16 Jun 2020, 10:15 AM
Peluang kerja untuk golongan muda dalam ekonomi gig
Peluang kerja untuk golongan muda dalam ekonomi gig

SHAH ALAM, 16 JUN: Kerajaan Negeri sedang merangka dasar bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam sektor ekonomi gig, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata sektor tersebut berpotensi besar untuk dikembangkan kerana menawarkan peluang pekerjaan yang dapat dijalankan secara sepenuh atau separuh masa sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

"Contohnya Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) kepada mereka yang layak dan berminat untuk menceburi bidang e-panggilan.

"Sektor ekonomi gig lebih fleksibel dan dijangka terus berkembang serta menjadi pilihan terutama generasi muda untuk meningkatkan pendapatan terutama selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Ekonomi gig yang dipacu teknologi digital menjadi segmen popular membolehkan pekerjaan dijalankan seseorang individu tanpa ada majikan dengan cara menjual perkhidmatan kepada orang lain dan dijalankan sama ada secara sepenuh atau separuh masa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619