AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.2770/2850 berbanding dolar AS

15 Jun 2020, 3:20 AM
Ringgit dibuka rendah 4.2770/2850 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Ringgit dibuka rendah hari ini dengan ekonomi global terus tertekan ekoran kebimbangan mengenai kemunculan semula gelombang jangkitan baharu pandemik Covid-19.

Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2770/2850 berbanding 4.2650/2700 yang dicatatkan pada Jumaat.

Seorang penganalisis berkata prestasi itu berikutan peningkatan ketara kes yang dicatatkan di pasar borang terbesar Beijing berikutan pembukaan semula ekonomi selepas ditutup selama dua bulan.

Selain daripada Beijing, Tokyo turut melaporkan kes jumlah harian baharu Covid-19 meningkat kepada 47 jumlah tertinggi sejak 5 Mei, sementara di Amerika Syarikat (AS), gabenor New York Andrew Cuomo memberi amaran kepada penduduknya akan berlakunya gelombang kedua Covid-19.

"Pada Jumaat, Rizab Persekutuan AS turut membayangkan keadaan ekonomi yang suram dengan mengisytiharkan sistem kewangan negara masih lagi berada dalam tekanan ekoran pandemik Covid-19 dan situasi masih tidak menentu untuk kembali kepada mencatatkan pertumbuhan dan pasaran buruh yang kukuh,” kata beliau.

Di pasaran tempatan, meskipun, sentimen positif kian meningkat ekoran berkurangnya jangkitan dalam kalangan orang tempatan untuk Covid-19, kebimbangan untuk ia muncul semula masih tinggi kerana hampir keseluruhan ekonomi telah kembali memulakan aktiviti masing-masing.

"Sehingga situasi benar-benar terkawal, pasaran akan terus terkesan dengan senario yang berlaku sekarang ini,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0649/0717 daripada penutup Jumaat 3.0706/0753, dan meningkat kepada 5.3454/3571 daripada 5.3944/3024 pound Britain.

Bagaimanapun, mata wang tempatan agak rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9894/9979 daripada 3.9663/9717 dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.8091/8498 daripada 4.8280/8353.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619