BERITA UTAMA

Pasar MPSJ mula operasi, niaga ikut giliran

15 Jun 2020, 2:38 AM
Pasar MPSJ mula operasi, niaga ikut giliran

SHAH ALAM, 15 JUN: Pasar pagi dan malam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) beroperasi hari ini secara berperingkat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata peniaga pasar pagi dipecahkan kepada dua kumpulan dengan giliran hari iaitu A pada Selasa, Khamis dan Sabtu manakala B pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Bagi pasar malam, penggiliran dibuat secara mingguan iaitu kumpulan A pada minggu pertama, ketiga dan selang minggu seterusnya manakala kumpulan B pada minggu kedua, keempat dan selang minggu seterusnya sahaja.

"Waktu operasi bagi pasar malam ialah dari 4 petang hingga 10 malam manakala 6 hingga 11 pagi untuk pasar pagi dengan peniaga perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan," katanya dalam kenyataan.

Noraini turut mengingatkan peniaga berhubung larangan mengupah warga asing sebagai pembantu kerana ia melanggar syarat lesen dan arahan Kerajaan Negeri.

Bagi pelanggan pula, beliau berkata mereka wajib membuat saringan suhu badan, memakai pelitup muka dan mendaftar aplikasi SELangkah atau menulis maklumat diri.

"Hanya dua orang bagi satu keluarga sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perniagaan," katanya.

Berikut jadual pembukaan pasar pagi MPSJ:

- Pasar Pagi Bandar Puchong Jaya (16 Jun)

- Pasar Pagi PJS7 (16 Jun)

- Pasar Pagi USJ 6 (16 Jun)

- Pasar Pagi Taman Damai Utama (17 Jun)

- Pasar Pagi USJ 10 (21 Jun)

- Pasar Pagi Taman Kinrara, Seksyen 3 (22 Jun)

- Pasar Pagi Taman Kinrara, Seksyen 1 (28 Jun)

- Pasar Pagi Muhibbah (21 Jun)

- Pasar Pagi Taman Wawasan (23 Jun)

- Pasar Pagi Batu 14 Puchong (25 Jun)

- Pasar Pagi Taman Puchong Indah (27 Jun)

- Pasar Pagi Taman Universiti Indah (17 Jun)

- Pasar Pagi Taman Sungai Besi Indah (19 Jun)

- Pasar Pagi Borneo (20 Jun)

Berikut jadual pembukaan pasar malam MPSJ:

- Pasar Malam Angsana USJ 1 (16 Jun)

- Pasar Malam Taman Batu 3 (17 Jun)

- Pasar Malam USJ 1, Regalia (18 Jun)

- Pasar Malam SS13 (23 Jun)

- Pasar Malam Taman Perindustrian Kinrara (28 Jun)

- Pasar Malam Taman Bukit Kuchai (3 Julai)

- Pasar Malam Taman Puchong Utama (16 Jun)

- Pasar Malam Putra Heights (19 Jun)

- Pasar Malam Taman Puchong Prima (20 Jun)

- Pasar Malam Taman Puchong Indah (22 Jun)

- Pasar Malam Taman Saujana Puchong (24 Jun)

- Pasar Malam Puchong Batu 14 (27 Jun)

- Pasar Malam Putra Heights (1 Julai)

- Pasar Malam Perindustrian Bukit Serdang (15 Jun)

- Pasar Malam Pusat Perdagangan Seri Kembangan (6 Julai)

- Pasar Malam Serdang Raya (4 Julai)

- Pasar Malam Taman Lestari Perdana (25 Jun)

- Pasar Malam Taman Puncak Jalil (19 Jun)

- Pasar Malam Taman Seri Serdang (26 Jun)

- Pasar Malam Taman Pinggiran Putra (17 Jun)

- Pasar Malam Taman Universiti Indah (23 Jun)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619