AGENDA

Sempadan negara masih ditutup, tiada urusan keluar-masuk dibenar

14 Jun 2020, 8:26 AM
Sempadan negara masih ditutup, tiada urusan keluar-masuk dibenar

SHAH ALAM, 14 JUN: Kerajaan mengekalkan polisi tidak membenarkan rakyat ke luar negara kecuali atas alasan tertentu namun perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan sama turut terpakai untuk warga luar yang mahu ke Malaysia kerana sehingga kini pintu sempadan masih belum dibuka.

"Secara keseluruhannya pintu sempadan kita masih ditutup kepada semua termasuk rakyat atau warga asing kecuali untuk kes tertentu seperti pelajar mahu pulang bagi menduduki peperiksaan," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas mengenai pelumba negara yang akan menyertai kejohanan MotoGP di luar negara bulan hadapan, beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan.

Pada sidang media sama Ismail Sabri memaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menghantar pasukan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) ke Zoo Negara bagi memastikan pengunjung mematuhi peraturan.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya memanfaatkan kebebasan diberikan sepanjang PKP Pemulihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619