AGENDA

Amirudin kecam Dr Daroyah keluar parti, gesa kosongkan kerusi DUN Sementa

14 Jun 2020, 12:22 AM
Amirudin kecam Dr Daroyah keluar parti, gesa kosongkan kerusi DUN Sementa

SHAH ALAM, 14 JUN: Pengerusi KEADILAN Selangor mengecam keras tindakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa keluar dari parti berkenaan dan dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat.

Susulan itu Dato' Seri Amirudin Shari menggesa supaya Dr Daroyah Alwi meletak jawatan sebagai ADN sekiranya masih bermaruah.

Beliau turut memaklumkan urusan peletakan jawatan Dr Daroyah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) akan diuruskan pejabat DNS melalui Speaker, Ng Suee Lim.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Daroyah mengumumkan keluar dari KEADILAN. Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mentadbir Selangor melalui Pilihan Raya Umum ke 14 yang lepas," kata Dato' Menteri Besar dalam kenyataan.

Beliau menegaskan keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19.

"Saya yakin ADN KEADILAN serta semua lapisan jentera parti terutamanya ketua-ketua cabang merasa mual dengan politik separa matang yang tidak berkesudahan.

"KEADILAN dan PAKATAN Selangor beriltizam berkhidmat sedaya-upaya demi menghormati mandat rakyat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619