AGENDA

Kes positif Covid-19 di dua taman Kuala Langat kekal sembilan

13 Jun 2020, 9:03 AM
Kes positif Covid-19 di dua taman Kuala Langat kekal sembilan

SHAH ALAM, 13 JUN: Kes positif Covid-19 di dua taman Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran kekal sembilan mengikut keputusan penuh ujian saringan dijalankan, kata pegawai daerah Kuala Langat.

Mohd Jusni Hashim berkata keputusan tersebut yang diterima hari ini merekodkan tiada pertambahan kes selepas ujian dijalankan ke atas 4,627 penduduk Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni sejak 30 Mei lalu.

"Oleh demikian, jumlah positif kekal dan PKP Pentadbiran ini akan diteruskan sehingga 16 Jun. Penduduk juga dikawal anggota penguatkuasa dan tidak dibenarkan merentas negeri," katanya kepada SelangorKini.

Pada 3 Jun lalu, kedua-dua taman berkenaan dikenakan PKP Pentadbiran selepas 24 pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang tinggal di situ positif Covid-19.

Susulan itu, 4,627 penduduk disaring membabitkan 3,686 rakyat tempatan manakala 941 adalah warga asing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619