BERITA UTAMA

Usahawan perlu manfaat lonjakan niaga dalam talian

13 Jun 2020, 2:40 AM
Usahawan perlu manfaat lonjakan niaga dalam talian

SHAH ALAM, 13 JUN: Usahawan perlu mengubah pendekatan perniagaan dengan tumpuan kepada jualan secara dalam talian yang semakin mendapat perhatian pengguna terutama ketika berhadapan Covid-19, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata proses tersebut boleh dipelajari secara berperingkat dengan bimbingan kumpulan berpengalaman dan secara tidak langsung mewujudkan peluang kerja baharu seperti dalam bidang logistik.

"Sebenarnya dalam isu jualan dalam talian bukan sahaja mengenai jualan barangan sahaja tetapi secara tidak langsung memberikan manfaat dengan mewujudkan peluang pekerjaan baharu," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri kini menekankan sistem perniagaan berkaitan yang lebih mudah dan sesuai dengan norma baharu kerana internet kini menjadi sebahagian keperluan asas kehidupan.

Rodziah berkata Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) merupakan langkah bagi membantu peniaga terutama luar bandar memasarkan produk selain melantik tiga perunding untuk membimbing 1,500 usahawan baharu di Selangor.

Selain itu, bermula 1 Julai hadapan khidmat kaunseling secara dalam talian akan diperkenalkan untuk membantu usahawan mendapatkan nasihat perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619