AGENDA

Suspek kes pecah rumah ditahan selepas 'kantoi' langgar sekatan

13 Jun 2020, 12:29 AM
Suspek kes pecah rumah ditahan selepas 'kantoi' langgar sekatan

PETALING JAYA, 13 JUN: Seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam beberapa siri kes pecah rumah dan curi kenderaan di Lembah Klang berjaya ditahan polis selepas 'kantoi’ melanggar satu sekatan jalan raya menggunakan kenderaan curi jenis Proton X70.

Rentetan insiden berkenaan di Shah Alam kira-kira 1 pagi Isnin lepas, polis berjaya menahan suspek kira-kira sembilan jam kemudian di tempat letak kereta, sebuah apartment di kawasan Bukit Prima Pelangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata hasil siasatan di rumah suspek, beberapa barang berharga dipercayai dicuri ditemukan, antaranya sebuah kereta jenis Mercedes Benz C200 yang dilaporkan hilang, sebuah telefon bimbit dan dompet dengan beberapa kad kredit di dalamnya.

Hasil semakan polis, suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau dengan kesemua melibatkan kes samun dan pecah rumah, menurutnya.

Nik Ezanee berkata pihaknya juga kini sedang mengesan rakan sejenayah suspek dikenali sebagai Spiky atau nama sebenarnya Ong Chong En berumur 42 tahun dipercayai masih giat melakukan kegiatan kes pecah rumah dan mencuri kenderaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619