BERITA UTAMA

Mufti Selangor: Tidak wajib solat Jumaat jika tiada jemputan

12 Jun 2020, 1:30 PM
Mufti Selangor: Tidak wajib solat Jumaat jika tiada jemputan

SHAH ALAM,12 JUN: Ahli kariah tidak diwajibkan mendirikan solat Jumaat jika tidak mendapat jemputan atau terpilih untuk menunaikan ibadah itu, kata mufti Selangor.

Dato' Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum terhadap ahli kariah juga tidak berdosa dan perlu menggantikan dengan solat zuhur.

"Sebagai umat Islam, kita perlu akur biarpun ketetapan ini amat berat untuk diterima, namun ulil amri bertanggungjawab melaksanakan langkah pencegahan terbaik demi menjaga kemaslahatan umum bertepatan dengan kaedah fiqh.

"Mengambil kira perkembangan terkini wabak Covid-19 yang masih belum ada penawarnya, langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berdasarkan prinsip maqasid syariah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru untuk sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya wabak tersebut segera diangkat bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan lebih banyak bilangan masjid yang dibuka.

Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan bilangan jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah di 39 masjid di negeri ini ditambah daripada 12 kepada 40 orang berkuat kuasa hari ini.

Titah baginda jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid manakala jemaah diberikan kad jemputan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619