AGENDA

PRK DUN Chini: Pengundi positif Covid-19 tidak dibenar mengundi

12 Jun 2020, 10:49 AM
PRK DUN Chini: Pengundi positif Covid-19 tidak dibenar mengundi

SHAH ALAM, 12 JUN: Individu positif Covid-19 tidak dibenarkan untuk keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang pada 4 Julai ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menyediakan tatacara operasi piawai (SOP) sebelum memperhalusi pelaksanaan itu.

"Kita akan lihat senarai kes yang dikuarantin atau dimasukkan ke wad, tetapi kalau pesakit itu tenat mereka tidak dibenarkan keluar wad untuk melaksanakan tugas sebagai pengundi.

"Kita akan mengadakan SOP yang akan diteliti oleh pelbagai agensi sebelum boleh dilaksanakan bersama," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun berkata pengundi yang dijangkiti Covid-19, bergejala atau sedang dikuarantin atas sebab penyakit itu dibenarkan untuk mengundi pada PRK tersebut.

Bagaimanapun, kesediaan SPR memberi peluang itu kepada pengundi tertakluk kepada kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619