PBT

Trem Bukit Melawati kembali beroperasi esok

12 Jun 2020, 9:52 AM
Trem Bukit Melawati kembali beroperasi esok

SHAH ALAM, 12 JUN: Perkhidmatan trem di Bukit Melawati, Kuala Selangor beroperasi semula esok dengan mengutamakan aspek keselamatan bagi mencegah penularan Covid-19.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam kenyataan memaklumkan operasi perkhidmatan di lokasi bersejarah itu dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang manakala Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 6 petang).

"Melanconglah dengan selamat dan sila amalkan norma baharu seperti penjarakan sosial satu meter, kerap mencuci tangan dan sentiasa memakai pelitup muka," katanya menerusi Facebook.

Pada 7 Jun lalu, kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa kelmarin.

Langkah itu selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri dikenakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619