AGENDA

SOP baharu rumah ibadat bukan Islam dibentang Isnin

12 Jun 2020, 8:01 AM
SOP baharu rumah ibadat bukan Islam dibentang Isnin

SHAH ALAM, 12 JUN: Tatacara Operasi Piawai (SOP) baharu bagi rumah ibadat bukan Islam akan dibentangkan Isnin ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembentangan terbabit termasuk mengambil kira waktu ibadat dan tambahan hari dibenarkan dibuka.

"Pusat ibadat sepatutnya dibuka 10 Jun lalu dalam sehari atau dua hari bergantung pada hari penting mereka. Dari segi jumlah kapasiti yang akan melaksanakan ibadat pula tidak melebihi 30 orang. Setakat ini, 171 rumah ibadat dibenarkan beroperasi.

"Namun dengan adanya perubahan SOP membabitkan rumah ibadat Islam, saya percaya akan ada proses sama untuk rumah ibadat bukan Islam," katanya.

PKP Bersyarat digantikan PKP Pemulihan dengan menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619