AGENDA

Selangor benar solat di masjid mulai esok, jemaah hingga 40 orang

11 Jun 2020, 9:27 AM
Selangor benar solat di masjid mulai esok, jemaah hingga 40 orang

SHAH ALAM, 11 JUN: Bilangan jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah di 39 buah masjid di Selangor ditambah daripada 12 kepada 40 orang berkuat kuasa esok.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan jemaah akan diberikan kad.

"Bagi yang tidak dapat menunaikan Solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zuhur di tempat masing-masing. Solat berjemaah pula hanya dibenarkan pada Subuh, Maghrib dan Isyak di 39 buah masjid yang sama," titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Baginda turut bertitah jumlah jemaah yang boleh menunaikan solat di surau kekal tiga orang.

Pada 1 Jun lalu, Sultan Selangor menitahkan jumlah jemaah untuk mengerjakan solat berkenaan tidak melebihi 12 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan jemaah supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Titah baginda Jabatan Agama Islam Selangor akan memantau secara berterusan bagi memastikan segala arahan dipatuhi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619