PBT

MDKS: Boleh didakwa jika biar ternakan berkeliaran

11 Jun 2020, 2:28 AM
MDKS: Boleh didakwa jika biar ternakan berkeliaran

SHAH ALAM, 11 JUN: Pemilik haiwan peliharaan berisiko diheret ke mahkamah jika berdegil membiarkan ternakan berkeliaran di jalan raya sehingga membahayakan pengguna.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Rahilah Rahmat berkata tindakan mengikut Seksyen 13 Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 itu memberi kuasa kepada pihaknya menjalankan pendakwaan.

"MDKS boleh menyita lembu, kambing dan kerbau yang ditangkap serta disimpan di suatu tempat kurungan khas haiwan atas risiko pemiliknya sehingga kos tangkapan, kurungan dan memberi makan ternakan dibayar.

"Penjaga boleh menuntut kembali lembu, kambing dan kerbau selepas bayaran jenis kos sitaan serta jagaan dibuat," katanya dalam kenyataan.

Rahilah berkata pihaknya menangkap dua ekor lembu berkeliaran di Rantau Panjang, Bestari Jaya menerusi operasi bersepadu pemantauan dan penangkapan lembu di kawasan awam pada 4 Jun lalu.

Katanya kompaun dikenakan terhadap pemilik ternakan di Jalan Raja Abdullah, Jeram atas kesalahan sama.

"Berdasarkan maklumat diterima orang awam, MDKS menjalankan operasi menangkap haiwan berkeliaran di beberapa kawasan mempunyai masalah ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619