PBT

Bas Smart Selangor MDKS bermula esok dengan SOP ketat

10 Jun 2020, 8:01 AM
Bas Smart Selangor MDKS bermula esok dengan SOP ketat

SHAH ALAM, 10 JUN: Bas Smart Selangor kendalian Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan mula beroperasi esok dengan tatacara operasi piawai (SOP) yang lebih ketat termasuk hanya mengambil 20 penumpang dalam satu masa.

MDKS dalam kenyataan memaklumkan penumpang digalakkan memakai pelitup muka serta perlu mengimbas kod QR di pintu masuk bas.

"Gunakan cecair pembasmi kuman disediakan dalam bas, mereka juga perlu melakukan penjarakan sosial satu meter sama ada dalam bas ataupun di hentian menunggu.

"Pihak operator bas telah menandakan kerusi yang tidak boleh diduduki dan penumpang perlu mengikut arahan supaya langkah pencegahan Covid-19 dapat dilaksanakan dengan jaya," katanya.

Pada 24 Mac lalu, EXCO Pengangkutan Ng Sze Han mengumumkan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus dihentikan operasi sementara waktu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19.

Penangguhan perkhidmatan itu melibatkan 138 bas di 43 laluan Bas Smart Selangor dan 32 bas PJ City Bus melibatkan enam laluan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619