EXCO

EXCO: Selangor Fruits Valley sedia terima pengunjung

9 Jun 2020, 9:53 AM
EXCO: Selangor Fruits Valley sedia terima pengunjung
EXCO: Selangor Fruits Valley sedia terima pengunjung

SHAH ALAM, 9 JUN: Selangor Fruits Valley sedia menerima lebih ramai pengunjung susulan lebih banyak kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan antaranya merasai sendiri keenakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan melihat keindahan tanaman dihasilkan usahawan negeri ini.

"PKPP bermula esok dan pelbagai sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya. Justeru, ibu bapa boleh membawa keluarga ke Selangor Fruits Valley kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan," kata beliau menerusi Facebook.

Ir Izham turut menyarankan kepada semua orang awam terutama rakyat Selangor agar menyokong produk tempatan di Selangor Fruits Valley yang juga salah satu produk agro pelancongan seliaan Kerajaan Negeri.

Selain buah-buahan, Selangor Fruits Valley juga mempunyai lebih 3,000 sarang kelulut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619