AGENDA

Pengusaha bas dakwa rugi, tidak dapat beroperasi

8 Jun 2020, 10:05 AM
Pengusaha bas dakwa rugi, tidak dapat beroperasi

SHAH ALAM, 8 JUN: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia mendakwa tidak dapat memulakan operasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menanggung kerugian besar.

Presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata pengusaha bas tiada motivasi kerana tatacara operasi piawai (SOP) hanya membenarkan separuh penumpang dibawa daripada kapasiti sebenar pengangkutan awam, lapor Berita Harian.

"Sebanyak 120 syarikat bas menanggung kerugian sejak PKP dikuat kuasa bermula 18 Mac lalu dan SOP baharu ini tidak dapat menampung kos operasi yang terpaksa ditanggung kami.

"Syarikat tidak boleh menaikkan tambang sewenang-wenangnya kerana ia dikawal kerajaan. Jadi, kami berharap perbincangan secara bersemuka dengan kerajaan dapat dilakukan segera bagi membincangkan masalah ini," katanya.

Hari ini, menteri kanan (kluster keselamatan) berkata kerajaan tidak membenarkan bas beroperasi dengan kapasiti penuh kerana bertentangan dengan SOP dan penjarakan sosial ditetapkan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas, Transit Aliran Ringan (LRT) serta Transit Aliran Massa (MRT) perlu dikurangkan separuh daripada kapasiti sebenar bagi mengelak sentuhan dan kesesakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619