AGENDA

MB: RM100,000 bekal bantuan makanan kepada penduduk Taman Langat

7 Jun 2020, 9:31 AM
MB: RM100,000 bekal bantuan makanan kepada penduduk Taman Langat
MB: RM100,000 bekal bantuan makanan kepada penduduk Taman Langat

KUALA LANGAT, 7 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukan RM100,000 untuk membekalkan bantuan makanan kepada penduduk di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan makanan asas seperti beras, minyak dan sardin dijangka dapat bertahan untuk tempoh lebih seminggu.

[caption id="attachment_415317" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari mendengar taklimat ringkas oleh Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Norsham Mat Tap ketika melawat Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 7 jun 2020 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

“Penduduk juga menerima bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan individu persendirian,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada penduduk di situ hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan semua penduduk sudah disaring, namun keputusan 1,300 individu masih belum diketahui dan dijangka diterima Selasa ini.

“Saya harap semua penduduk bersabar. Jika berdepan masalah boleh datang ke bilik gerakan dan kita turut membuka pusat kesihatan 24 jam bagi membantu mereka,” katanya.

Pagi tadi, Pegawai Daerah Kuala Langat Mohd Jusni Hashim memaklumkan seramai 4,627 penduduk di kedua-dua taman sudah disaring susulan penguatkuasaan PKP Pentadbiran bermula 3 Mei lalu.

Bagaimanapun, penduduk dibenarkan keluar masuk kerana pelaksanaan PKP di situ berbeza di tempat lain seperti Selangor Mansion dan Pasar Borong Selayang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619