EXCO

SOP pasar diteliti, seragam sebelum dibuka - EXCO

6 Jun 2020, 4:45 AM
SOP pasar diteliti, seragam sebelum dibuka - EXCO

SHAH ALAM, 6 JUN: Pasar malam dan pagi di Selangor akan dibuka dalam masa terdekat setelah tatacara operasi piawai (SOP) diteliti lebih terperinci, kata EXCO Kerajaan Tempatan.

Ng Sze Han berkata pihaknya sedang dalam peringkat akhir perbincangan bagi membolehkan pasar berkenaan dibuka kepada orang awam.

"SOP diseragamkan dan antara perkara dititikberatkan adalah kawalan penjarakan sosial, jumlah peniaga dihadkan bergantung kepada keadaan tapak," katanya kepada SelangorKini.

Pada 4 Jun lalu, Sze Han berkata beliau turut mengadakan pertemuan dengan pengarah jabatan pelesenan pihak berkuasa tempatan bagi meneliti persiapan pembukaan semula pasar pagi dan pasar malam di negeri ini.

Sebelum ini kesemua pasar pagi dan malam di seluruh negara tidak beroperasi susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619