AGENSI

Ingkar SOP, banyak premis di Selangor diarah tutup

5 Jun 2020, 8:39 AM
Ingkar SOP, banyak premis di Selangor diarah tutup

SHAH ALAM, 5 JUN: Kebanyakan premis niaga yang diarah tutup di negeri ini dikesan tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Pengarah kesihatan Selangor berkata premis gagal merekod data pelanggan, pekerja tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Pemilik perlu tahu SOP kerana ia amat penting kepada pelanggan dan membantu mengawal penularan wabak,” kata Datuk Dr Sha'ari Ngadiman kepada SelangorKini hari ini.

Beliau memaklumkan pihaknya juga sentiasa turun padang bagi memastikan premis mematuhi arahan.

Selasa lalu, pasar raya besar di Seksyen 13 di sini menjadi premis perniagaan pertama di Selangor yang diarah tutup selepas dikesan tidak mematuhi SOP.

Hari ini, Kompleks Pasar Meru di Klang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi SOP seperti tiada pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619