AGENSI

Mais sumbang RM88,800 bantu peniaga kecil bukan asnaf

4 Jun 2020, 8:38 AM
Mais sumbang RM88,800 bantu peniaga kecil bukan asnaf

SHAH ALAM, 4 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di bawah kategori B40 di negeri ini, kata setiausahanya.

Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan daripada Tabung Prihatin Covid-19 itu bertujuan membantu mereka yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

"Agihan ini dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan dan bayaran RM300 setiap seorang sudah dikreditkan ke dalam akaun masing-masing dan kami harap dapat meringankan beban mereka terutama peniaga kecil yang hilang punca pendapatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mais turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai terutama penyumbang tabung dan semoga semua pihak berkenaan mendapat ganjaran Allah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619