AGENDA

Pasangan bukan Islam boleh rentas negeri daftar kahwin

3 Jun 2020, 8:07 AM
Pasangan bukan Islam boleh rentas negeri daftar kahwin

SHAH ALAM, 3 JUN: Bakal pengantin bukan Islam dibenar merentas negeri untuk mendaftar perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu sama seperti diumumkan ketika awal pelaksanaan PKPB pada 4 Mei lalu.

"Bagi yang bukan Islam, kita benarkan mereka mendaftar (perkahwinan) cuma jumlahnya hanya empat orang iaitu pengantin lelaki dan perempuan serta dua orang saksi," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Kerajaan membenarkan perkahwinan rentas negeri dengan memohon kebenaran polis dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) antaranya tidak bersalaman dan majlis tidak melebihi 20 orang.

Kebenaran turut diberikan kepada jurufoto untuk mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung atau praperkahwinan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619