PBT

MBSA pasang dua papan iklan hargai sumbangan petugas hadapan

3 Jun 2020, 3:00 AM
MBSA pasang dua papan iklan hargai sumbangan petugas hadapan

SHAH ALAM, 3 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang dua papan iklan bagi menghargai komitmen petugas hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan Covid-19.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata papan iklan tersebut dipasang di Bulatan Kayangan, Seksyen 9 dan Lebuhraya Persekutuan dengan mesej “Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan Dalam Usaha Memutuskan Rantaian Covid-19”.

"Peranan dan sumbangan petugas hadapan dalam memerangi Covid-19 tidak boleh dipertikaikan. Mereka menunjukkan komitmen tinggi dan bertungkus lumus menangani penularan wabak," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap usaha itu menaikkan semangat dan memberi dorongan kepada petugas hadapan selain meminta masyarakat peka serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Papan iklan dengan latar belakang berwarna jingga turut memaparkan wajah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama petugas kesihatan.

Sebanyak 7,877 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini dan tiada kes kematian untuk 11 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu menjadikan angka korban kekal 115 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619