ADN

Wakil rakyat gesa hadkan jual minuman keras hingga 9 malam

3 Jun 2020, 1:57 AM
Wakil rakyat gesa hadkan jual minuman keras hingga 9 malam

SHAH ALAM, 3 JUN: Pihak berkuasa tempatan digesa menetapkan undang-undang mengehadkan jualan minuman keras di premis niaga sehigga 9 malam sahaja.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George berkata larangan itu bagi memastikan individu berumur 21 tahun ke bawah tidak mudah mendapatkan minuman beralkohol.

"Sepatutnya minuman memabukkan hanya dijual di kedai minuman beralkohol sahaja dan secara tertutup selain melarang mereka yang berusia 21 tahun ke bawah dari memasuki premis berkenaan.

"Saya pernah mencadangkan perkara ini kepada kerajaan pada 2009 ketika memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Selayang, namun usaha itu ditolak kerana perbezaan parti politik yang memerintah," katanya dalam kenyataan semalam.

Gunaraj berkata Akta Eksais 1976 juga perlu dikaji semula bagi membolehkan mereka yang menjual minuman keras tanpa lesen dikenakan hukuman penjara.

"Tindakan segera juga perlu diambil kerana banyak kedai menjual arak murah sehingga mendatangkan kemudaratan kepada peminumnya termasuk pelbagai penyakit," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619