AGENDA

Covid-19: 544 kes baharu di Singapura, keseluruhan 35,836

2 Jun 2020, 12:30 PM
Covid-19: 544 kes baharu di Singapura, keseluruhan 35,836

SINGAPURA, 2 JUN: Singapura yang memasuki fasa pertama pembukaan semula ekonominya hari ini, melaporkan 544 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 35,836 kes.

Kementerian Kesihatan republik itu berkata data setakat 12 tengah hari ini menunjukkan kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya empat kes jangkitan dalam komuniti.

Berdasarkan data penuh dikeluarkan lewat Isnin, Singapura mengklasifikasikan 1,685 sebagai kes jangkitan dalam komuniti, 580 kes import dan 33,027 kes lagi melibatkan pekerja asing tinggal di asrama.

Seramai 22,466 pesakit atau kira-kira 64 peratus daripada 35,292 kes keseluruhan setakat semalam  pulih sepenuhnya.

Kementerian itu berkata 12,458 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi positif Covid-19 diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat tengah hari semalam, 344 kes masih dirawat di hospital dengan tujuh di unit rawatan rapi, sementara 24 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Tiga kluster baharu dikenal pasti pada Isnin, kesemuanya melibatkan asrama iaitu HSJV Dormitory di 33A Tanah Merah Coast Road; 10, Tuas South Street 12; dan 109, Tuas View Walk 1.

Kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @Punggol merekodkan jumlah keseluruhan 2,711 kes positif, sementara asrama terbesar di Singapura, Sungei Tengah Lodge di 500, Old Choa Chu Kang Road, mencatatkan 1,989 kes.

Selepas berakhirnya pelaksanaan pemutus rantaian selama lapan minggu pada Isnin, Singapura kini memulakan pendekatan terkawal bagi menyambung semula aktiviti secara selamat menerusi tiga fasa iaitu Fasa Satu (Pembukaan Semula Secara Selamat) bermula hari ini, Fasa Dua (Peralihan Secara Selamat) dan Fasa Tiga (Negara Selamat).

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619