AGENDA

Kes demam denggi berkurangan minggu lalu, tiada kematian dilaporkan

10 Apr 2025, 12:45 AM
Kes demam denggi berkurangan minggu lalu, tiada kematian dilaporkan

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 1,021 kes pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME 13) bagi tempoh 23 hingga 29 Mac lepas berbanding 1,129 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME13 sebanyak 16,296 kes dengan 10 kematian berbanding 44,144 kes dengan 31 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

“Bagaimanapun, bilangan lokaliti hotspot telah meningkat kepada 21 pada ME13 berbanding 20 lokaliti pada minggu sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata daripada 21 lokaliti yang dilaporkan, 14 lokaliti di Selangor, masing-masing tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dua di Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Kedah.

Dr Muhammad Radzi turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada bagi memastikan kes denggi tidak meningkat dan kekal di bawah paras median lima tahun terutama di musim perayaan kerana virus denggi boleh disebarkan melalui individu dijangkiti termasuk individu tidak bergejala.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619