AGENDA

Cadangan tambah jemaah solat di masjid diputus Sabtu - Ismail Sabri

2 Jun 2020, 8:35 AM
Cadangan tambah jemaah solat di masjid diputus Sabtu - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 2 JUN: Cadangan untuk menambah bilangan jemaah yang dibenarkan solat di masjid akan diputuskan Sabtu ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata turut diputuskan ialah operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan pasar malam.

"Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneliti tatacara operasi piawai (SOP) berhubung perkara ini.

"Kerajaan bersedia membenarkan tambahan bilangan jemaah di masjid besar seperti di Putrajaya (kerana) kalau buat penjarakan satu meter pun boleh muat lebih 100 orang," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 14 Mei lalu, menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) berkata jawatankuasa masjid perlu menentukan bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan solat berjemaah.

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ini kerana kebenaran solat Jumaat dan berjemaah berbeza mengikut negeri dengan sebahagiannya membenarkan maksimum 12 orang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619