AGENDA

Baki 6,696 taska dibenar operasi, patuhi SOP

2 Jun 2020, 8:00 AM
Baki 6,696 taska dibenar operasi, patuhi SOP

SHAH ALAM, 2 JUN: Taman asuhan kanak-kanak (taska) di seluruh negara dibenar memulakan operasi mulai hari ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengendali taska perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) digariskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

"Sebelum ini kerajaan hanya benarkan 304 taska beroperasi dan hari ini kerajaan bersetuju membenarkan baki 6,696 taska beroperasi selepas berpuas hati dengan SOP yang dikemukakan KPWKM.

"SOP yang perlu dipatuhi antaranya merangkumi proses sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan dan sewaktu ambil anak pulang," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengenai status taman didikan kanak-kanak (tadika), taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan pra sekolah, Ismail berkata Kementerian Pendidikan diarahkan menyediakan SOP sebelum dibenarkan beroperasi kembali.

"Jika kerajaan berpuas hati dengan SOP yang dikemukakan kita jangkakan tadika, tabika dan pra sekolah mungkin boleh kembali dibuka bermula Julai nanti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619