AGENSI

Yide santuni mangsa kebakaran Taman Cahaya Alam

1 Jun 2020, 8:44 AM
Yide santuni mangsa kebakaran Taman Cahaya Alam

SHAH ALAM, 1 JUN: Sebuah keluarga yang ditimba musibah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 pada 30 Mei lalu mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Yide menerusi Facebook memaklumkan menyantuni keluarga terbabit dengan memberikan sumbangan ad-hoc berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

"Bantuan diberikan bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide untuk membantu mangsa yang ditimpa bencana khususnya di Selangor," kata kenyataan itu.

Mewakili Yide dalam lawatan itu ialah Pengurus Operasinya, Arifin Jaafar yang menghulurkan sumbangan kepada ketua keluarga, Ahmad Zaki.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah atau malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Yide di 017-756 9476.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide, boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat atau hubungi talian 03-5510 3931, email ke publisiti@yide.com.my atau layari www.yide.com.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619