AGENDA

KPDNHEP Selangor periksa 1,378 premis runcit, dua dikompaun

31 Mei 2020, 7:50 AM
KPDNHEP Selangor periksa 1,378 premis runcit, dua dikompaun

SHAH ALAM, 31 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengenakan kompaun RM3,000 ke atas dua peniaga kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barang kawalan dalam tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri.

KPDNHEP negeri itu memaklumkan dua kes tersebut dikenal pasti cawangannya iaitu Gombak dan Kuala Kubu Bharu dan setakat ini sebanyak 1,378 premis runcit dan 17 pasar borong diperiksa sepanjang tempoh skim sejak 20 Mei dan berakhir pada 3 Jun nanti.

"Dua peniaga terlibat dikompaun RM1,000 dan RM2,000 atas kesalahan berkaitan dan pada masa sama kita mengingatkan mereka sentiasa mengekalkan penjagaan kesihatan, amalkan etika perniagaan baik," katanya menerusi Facebook.

Kementerian itu turut menasihatkan pengguna menjaga jarak sosial dan bijak merancang perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.

Semalam, KPDNHEP turut membuat lawatan dan pemeriksaan ke Pasar Moden Taman Seri Gombak untuk memeriksa tanda harga warna merah jambu bagi barangan kawalan dalam tempoh SHMMP Aidilfitri.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pencegahan, Azman Adam dan Pengarah KPDNHEP Selangor, Zikril Azan Abdullah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619