AGENDA

Kerajaan bincang benarkan pasar pagi, pasar malam beroperasi

31 Mei 2020, 7:21 AM
Kerajaan bincang benarkan pasar pagi, pasar malam beroperasi

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan bersedia membenarkan perniagaan pasar pagi dan pasar malam beroperasi semula, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah meminta persatuan penjaja merangka tatacara operasi piawai (SOP) bagi membolehkan aktiviti perniagaan dapat dijalankan semula.

"Memang kerajaan ada bincangkan bagaimana untuk benarkan penjaja kecil seperti di pasar pagi dan pasar malam dibuka semula, ia memang dalam perhatian kita.

"Jadi kita minta persatuan penjaja adakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagaimana SOP sesuai untuk dilaksanakan," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Berhubung isu membenarkan jurugambar perkahwinan beroperasi, Ismail Sabri berkata perkara tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat minggu hadapan.

"Sebenarnya banyak sektor yang pohon kita benarkan mereka beroperasi, semuanya kita perhalusi tetapi ia perlu dilakukan secara berhati-hati," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619