ADN

10,000 pelitup muka fabrik untuk penduduk Bukit Gasing

31 Mei 2020, 5:41 AM
10,000 pelitup muka fabrik untuk penduduk Bukit Gasing

SHAH ALAM, 31 MEI: Sebanyak 10,000 pelitup muka fabrik dibuat untuk diedarkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, kata Ahli Dewan Negerinya.

R Rajiv berkata inisiatif menjahit dan menyiapkan bahan tersebut bermula apabila stoknya sukar diperoleh di pasaran dan ia memudahkan orang ramai menggunakan berulang kali dengan mencucinya tanpa perlu membuang.

"Sehingga kini sudah lebih 1,000 pelitup muka diberikan dan program ini dilaksanakan juga bagi menbantu beberapa tukang jahit industri kecil dan sederhana serta sukarelawan yang tidak mempunyai pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan," katanya kepada SelangorKini.

Rajiv berkata orang ramai yang ingin mendapatkan pelitup muka fabrik itu boleh membuat permohonan di https://bit.ly/BGHandSewnFaceMasks2 dan hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Gasing untuk kutipan.

"Bagaimanapun, saya nasihatkan orang ramai untuk mencucinya sebelum dan selepas menggunakannya bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619